Sunday, January 22, 2012

Demo Aman di Kg. Pandan Dalam

Ya, seperti yang anda semua telah tahu, telah diadakan sebuah demo aman tentang AUKU pada Jumaat lepas di Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam.


Saya ada pada hari itu kerana mahu menunaikan solat Jumaat pada masjid tersebut.



Selepas sahaja azan Zohor(selepas semua orang selesai solat sunat), AJK masjid ada memberitahu para jemaah bahawa akan ada demo aman selepas solat Jumaat. 




Saya memang menentang akta AUKU ini kerana didapati menyekat hak bersuara para mahasiswa.




Tetapi, saya tidak setuju dengan demo itu kerana sebaik sahaja selesai solat Jumaat, telah kedengaran suara-suara pendemo menggunakan pembesar suara. Hal ini jelas mengganggu kekhusyukkan para jemaah yang menunaikan solat sunat selepas sahaja solat Jumaat kerana demo itu diadakan di pintu masuk masjid. Saya berasa amat terganggu kerana tidak dapat fokus menunaikan bebrapa solat sunat.




Walau bagaimanapun, saya tiada pada masa penyokong UMNO mengertak sambil memegang batu-batu. 

Saya hanya berkesempatan mendengar para pendemo apabila selesai menunaikan solat sunat.




Pada ketika itu, para pendemo ada melaungkan Takbir! Manakala para penentang pendemo pula melaungkan "MAMPOSS"




Saya berasa amat takut apabila ada beberapa orang menjerit "BALIKK! BALIKK" sambil menuju kearah motorsikal masing-masing. Saya pada ketika itu berada di tengah-tengah jalan. Takut diapa-apakan oleh mereka, maka saya pun mengangkat kaki dan balik ke rumah.




Saya amat musykil kerana KENAPA ORANG YANG MENENTANG PENDEMO INI, TIDAK SAJA BALIK KE RUMAH? KENAPA HARUS MENGGEMPUR PARA PENDEMO? SEDANGKAN AJK MASJID SUDAH MEMBERITAHU TENTANG DEMO INI? KENAPA HARUS MENCETUS KETEGANG DIANTARA UMAT ISLAM?


Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang terlibat. Amin.

P/S: Saya ada terbaca komen-komen penyokong PR yang amat marah apabila orang UMNO membuat begini. Antara komen tersebut termasuklah; "....UMNO LAKNAT"




Janganlah hanya kerana berbeza pandangan politik, sanggup mendoakan Laknat Allah kepada umat Islam yang lain. Ingat selagi dia masih bergelar seorang muslim dan tidak memusuhi Islam, kita wajib mendoakan mereka hidayah dah petunjuk Allah kepada mereka. Bukannya melaknat mereka.




Seperti sebuah kisah pada zaman Rasulullah;




Maka dihadapkan berkali-kali seorang peminum arak kepada Nabi SAW. Para sahabt yang berada bersama Baginda mengatakan "Ya Allah laknatkanlah peminum arak ini kerana telah banyak kali kesalahan yang dilakukannya". 




Mendengarkan itu Nabi pun bersabda :

“Demi Allah setakat yang aku tahu, dia adalah seorang yang menyintai Allah dan Rasulnya”

Wallahualam :)

Assalamualikum

Assalamualaikum WBT to all readers. This is my personal view on whatever truth I seek.
If any of the things I wrote here is wrong, you are most welcome to inform me. Muawiyah once said that he heard Rasullulah SAW said that; " There's one leader who gives khutbah Jumaat and no one is brave enough to speak for object what he said on the khutbah. The leader will jump in hell".
:)